Sunday, July 7, 2013

Im 30th???

saya tidak sangka tahun ni umur saya masuk 30tahun..ertinya saya sudah 30 tahun hidup dalam dunia.syukur kepada Tuhan kerana memberi saya peluang untuk melihat dan menikmati keindahan dunia.Dalam perjalanan ke angka 3, banyak perubahan yang dapat saya rasakan terutama dari segi Pemikiran dan perasaan.satu perasaan yang susah digambarkan dan keinginan tidak seperti dahulu lagi..Jika dulu saya suka pada fashion, membeli baju,beli atau suka pada patung, gemar pada warna pink,banyak perancangan untuk sesuatu, rasa seperti tidak cukup masa untuk hidup dan sentiasa gembira. Tapi sekarang semua sudah berubah..Saya tidak lagi suka membeli atau teruja melihat pakaian, rasa diri tidak lagi cantik, beli barang hanya yang patut, sudah tidak gemar pada patung atau warna pink, tiada rancangan untuk masa hadapan,rasa mcm masa ni terlalu lambat bergerak, dan apa2 benda yang saya suka buat dulu dan menggembirakan saya,saya lansung tidak gembira melakukannya pada saat ini..Apa sebenarnya ada pada angka 30 ni..adakah 30 ni masa untuk bersedih? Jika dulu saya sentiasa yakin pada diri, skrg semua keyakinan sudah hilang.melakukan sesuatu benda tanpa ada perasaan.semua benda yang saya lakukan terasa hambar.. saya harap perasaan ini akan hilang sebelum harijadi saya yang ke 30tahun.


Saturday, January 12, 2013

Berlibur di Jakarta 2010

Trip ke Jakarta pada tahun 2010 merupakan suatu perjalanan yang sempurna dimana bagi pandangan saya, Jakarta merupakan sebuah Negara yang besar dan padat dengan penduduk.Bangunan2 besar dan Gah di Jakarta di selang selikan dengan bangunan/ rumah2 yang kecil.namun apa yang menarik perhatian saya, penduduk di sana sangat mesra dan bersopan santun terutama di tokoh2 jualan.Jika kita melihat remaja2 di Malaysia sedang asyik membeli belah di shopping kompleks tetapi di Jakarta, remaja2 dan kanak2 sangat tekun bekerja untuk mencari sesuap nasi dengan menjual apa jenis barang sekali pun di tepi2 laluan pejalan kaki di pusat membeli belah.Kita akan dapat melihat penduduk Jakarta akan mencari sesuap nasi di mana2 saja.tapi semua dengan cara halal dan bukan dengan cara meminta sedekah.

 Gambar diatas adalah sebuah gereja.apa yang menarik dengan gereja tersebut adalah, dia benar2 berhadapan dengan sebuah masjid besar.

                   
                         Gambar ini pula adalah ketika saya berada di Tungkuban Perahu Bandung. 

                                                 

         gambar terakhir ini merupakan tempat pelabuhan pedagang2 bugis dari dahulu sehingga ke hari ini.

Jika anda berhaja untuk membeli belah, tempat yang paling sesuai untuk mereka yang menginginkan barangan yang murah adalah di Mangga Dua.

Fly to KOREA 2009



ini lah dia korea tempat bulan madu saya dan penggembaraan pertama saya ke negara orang.Korea ada lah sebuah negara yang maju dan tempat yang sangat romantik.walaupun saya tdk sampai ke Jeju island tapi saya berpuas hati kerana dalam masa yang sangat singkat,saya dapat merasai keseronokkan disamping memahami tradisi orang di negara tersebut.Apa yang paling pasti mereka sangat menghormati lampu isyarat :)




gambar2 diatas diambil ketika kami berada di Everland theme park, iaitu theme park no 7 terbesar di dunia

.