saya tidak sangka tahun ni umur saya masuk 30tahun..ertinya saya sudah 30 tahun hidup dalam dunia.syukur kepada Tuhan kerana memberi saya peluang untuk melihat dan menikmati keindahan dunia.Dalam perjalanan ke angka 3, banyak perubahan yang dapat saya rasakan terutama dari segi Pemikiran dan perasaan.satu perasaan yang susah digambarkan dan keinginan tidak seperti dahulu lagi..Jika dulu saya suka pada fashion, membeli baju,beli atau suka pada patung, gemar pada warna pink,banyak perancangan untuk sesuatu, rasa seperti tidak cukup masa untuk hidup dan sentiasa gembira. Tapi sekarang semua sudah berubah..Saya tidak lagi suka membeli atau teruja melihat pakaian, rasa diri tidak lagi cantik, beli barang hanya yang patut, sudah tidak gemar pada patung atau warna pink, tiada rancangan untuk masa hadapan,rasa mcm masa ni terlalu lambat bergerak, dan apa2 benda yang saya suka buat dulu dan menggembirakan saya,saya lansung tidak gembira melakukannya pada saat ini..Apa sebenarnya ada pada angka 30 ni..adakah 30 ni masa untuk bersedih? Jika dulu saya sentiasa yakin pada diri, skrg semua keyakinan sudah hilang.melakukan sesuatu benda tanpa ada perasaan.semua benda yang saya lakukan terasa hambar.. saya harap perasaan ini akan hilang sebelum harijadi saya yang ke 30tahun.